Pusaka puaka...





Pusaka puaka...
.
Semalam sempat catch-up dengan sorang kawan ni.
.
Baru balik holiday europe. Memang best dengar dia cerita, shopping tak ingat dunia.
.
Masa cerita shopping sini sana, tangan sampai terangkat-angkat semua.
.
LV , Prada makanan dia. Fuhh, memang meriah!
.
Nak di jadikan cerita, rupanya dia baru dapat pusaka. RM100k tak salah.
.
Dia tiga beradik, kira semua dapat merasa.
.
Itu yang bukak cerita dia tengah cari peluang berniaga. Duit pusaka ada RM50k lagi katanya.
.
Cerita punya cerita, tak nak bisnes yang susah, taknak yang renyah, kalau boleh nak jadi sleeping partner sahaja.
.
Tapi bab untung, mesti nak sama rata.
.
Member member semeja pun berbulu telinga.
.
Ni jenis yang banyak cekadak, payah nak bawak berniaga baik halakan ke FD sahaja.
.
Nak bertekak nanti, bole pergi bank sana.
.
Taknak pula. sudahla nak tunggu lama, return pun ala-ala sahaja.
.
Malas nak layan, member salam semua sorang sorang blah.
.
Tinggallah dia, si penerima pusaka berperangai puaka!
.
MOTS : Jangan tunggu kaya baru pandai nak urus duit sebab kalau yang sikit pun kelaut, dapat byk sikit karang, berperangai puaka lah dia.
Pusaka puaka... Pusaka puaka... Reviewed by Adam Mohd Juni on September 17, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.
google.com, pub-1598792615867369, DIRECT, f08c47fec0942fa0